SENDAYU TINGGI ~ GINGKO CAPSULE
BEST BUY : RM37.00 (HARGA PASARAN : RM40.00)
Mempertingkatkan Daya Ingatan
Ginkgo Biloba merupakan tumbuhan yang mampu bertahan lama. Para pengkaji telah menjumpai fosil tumbuhan tersebut yang berusia 200 juta tahun. Sebatang pokok Ginkgo Biloba mampu bertahan sehingga 1000 tahun. Adakah anda tahu pohon ini merupakan satu-satunya pokok yang bertahan sewaktu pengeboman Hiroshima ketika perang dunia kedua tahun 1946. Tumbuhan tersebut hanya mengalami sedikit kerosakan dan apa yang lebih istimewanya ia dapat bertahan sehingga kini.
Tumbuhan ini dikatakan mampu meningkatkan pengaliran darah ke otak dan kesannya mendatangkan kekuatan pada daya ingatan dan ketajaman minda. Pada tahun 1988, doktor di Jerman mengeluarkan banyak ubat-ubatan daripada Ginkgo Biloba. Walau bagaimanapun, ia hanya disedari oleh para saintis Amerika dalam tempoh 10 tahun ini. Perubatan moden mendapati, Ginkgo Biloba memberi kesan yang sangat baik kepada sistem peredaran darah terutama di kalangan warga tua. Kajian juga menunjukkan keajaiban Ginkgo Biloba ialah keberkesanannya dalam rawatan bagi mengelakkan hilang ingatan ataupun penyakit nyanyuk (Alzhaimer) yang sering dihadapi oleh mereka yang sudah lanjut usia.
Sendayu Tinggi telah mencipta satu produk baru iaitu Ginkgo Capsule daripada Ekstrak Ginkgo Biloba dari Switzerland. Antara khasiatnya ialah meningkatkan daya ingatan dan hafalan, melancarkan peredaran darah, menghilangkan tekanan dan mengatasi pening kepala. Peningkatan aliran darah ke dalam otak pula boleh memberi kesan positif kerana ia membekalkan vitamin, hormon, enzim dan oksigen yang mencukupi kepada tubuh badan. Ia juga dapat mengurangkan kadar kematian sel-sel akibat kekurangan oksigen dan membuang toksid dalam badan.
Selain itu, Ginkgo Biloba juga mampu meningkatkan peredaran darah di sekitar anggota tubuh badan seperti tangan dan kaki. Ia juga boleh melancarkan penggunaan oksigen pada organ penting tubuh kita seperti jantung dan anggota lainnya. Dengan mengamalkan pengambilan produk ini secara berterusan dan teratur juga mampu memperlambatkan proses penuaan otak.
Kandungan Bahan Aktif:~
Ekstrak Ginkgo Biloba yang berasal dari Switzerland.
CARA PENGAMBILAN:~
- Sesuai untuk 12 tahun ke atas dan orang yang telah berusia.
- Baik juga bagi mereka yang menghidap penyakit migrain.
MINGGU 1
- 1 biji kapsul 1001 Lucidum
- 2 biji kapsul Ginkgo
MINGGU 2
- 2 biji kapsul 1001 Lucidum
- 2 biji kapsul Ginkgo
- 2 biji kapsul Spirullina
0 comments:
Post a Comment