Ramai pelanggan bertanya apa bezanya madu Khaula yang tiada sarang dan ada sarang. Harga pun berbeza RM5. Yang biasa harga RM65, yang ada sarang RM70. Secara fizikalnya, Madu Khaula bersarang tu ada sepotong sarang yang penuh dengan madu di dalamnya. Sarang ni terapunglah dalam madu tu. Khasiatnya pula, madu Khaula sarang ni selalunya dicadangkan untuk mereka yang ada masalah berkenaan saluran pernafasan seperti resdung, lelah/asthma, batuk.
Sarang tu bolehlah dikunyah dan dihisap sehingga madu di dalamnya habis. Lilin (wax) yang menjadi baki tu kebanyakan orang akan buang sahaja kerana keadaannya macam gula getah (chewing gum). Selain itu dalam madu sarang ada kelebihan dari segi kandungan propolis dan debunga (bee pollen) yang lebih tinggi. Biasanya madu sarang ini lebih pekat dan lebih wangi.
- Memanaskan tubuh badan
- Melancarkan peredaran darah
- Mengimbangkan diet badan
- Menguatkan tenaga dalaman
- Meningkatkan kecergasan, daya ingatan, emosi, kreativiti, hafalan dan kepintaran anak
- Melawaskan usus besar dan kecil.
- Anti-alergik
- Anti-septik
- Anti-anemia
- Anti-Ulcer
0 comments:
Post a Comment