Monday, October 10, 2011

SET BERSALIN MUSTIKA RATU





BEST BUY : RM158.00 (HARGA PASARAN : RM 180.00 )


SET BERSALIN MUSTIKA RATU

"Rawatan 40 hari selepas Bersalin"

Melahirkan bayi merupakan satu pengalaman yang sungguh bermakna. Kehamilan memerlukan persedian dari segi fizikal dan emosi manakala perawatan dalaman sangat di utamakan agar dapat kembali bentuk badan asal selepas bersalin.

Walaupun pelbagai jenis rawatan moden berada dipasaran tapi masih ramai wanita khasnya masyarakat Melayu memilih cara Tradisional untuk rawatan selepas bersalin.

Pemakaian Jamu Selapan

1. Tapel Raket Mustika Sejati --- Ditumbuk dahulu Tapel Raket kemudian di campurkan dengan 1/2 sudu kapur sirih, perahan limau nipis dan 5 titisan minyak kayu putih. Sapukan pada perut kemudian ditampal dengan daun sirih atau daun mengkudu. Ia bertujuan mengeluarkan darah kotor di samping mengencangkan kembali kulit perut.

2. Berbengkung --- Selepas menyapukan Tapel Raket pada perut, boleh berbengkung secara melilit bengkung dari bawah punggung sehingga ke atas perut. Biarkan seharian. Amalkan berbengkung ini selama 40 hari berturut-turut. Berbengkung dapat mengencangkan kembali otot perut agar dapat kembali `surut` dan langsing.

3. Pilis Wangi --- Pilis Wangi ditumbuk dan dicampurkan dengan air biasa ( pekat ). Kemudian tampal diatas dahi. Biarkan Pilis Wangi sehingga kering. Ia berkhasiat menghilangkan lebam dibawah mata disamping menyegarkanya.

4. Bancar Air Susu --- Dicampurkan dengan air biasa, sederhana pekat. Sapukan di sekeliling payu dara. Elakkan bahagian puting, biarkan ia kering. Ia membantu melancarkan susu ibu.

5. Parem Segar Sumyah --- Dicampurkan dengan air biasa dan 10 titisan minyak kayu putih. Campuran hendaklah sederhana pekat dan sapukan pada kulit badan yang terdedah seperti lengan, kaki dan leher. Ia memberikan kehangatan dan memgelakkan dari masuk angin.

6. Jamu Galian Parem Wangi --- Minumlah jamu Pil Galian Parem Wangi 5 biji setiap pagi bertujuan mengeluarkan darah kotor dan melncarkan air susu ibu.

7. Jamu Pulih Balung Sumsum --- 5biji diminum setiap petang untuk mengembalikan kesihatan ibu.


Rawatan Tradisional Bayi Menggunakan Minyak Telon Mustika Ratu

Lakukan urutan pada bayi selepas dia mandi. Sekiranya pusat bayi sudah luruh titiskan minyak telon kedalam pusat bayi dan urutkan di kawasan pusat bayi dengan menggunakan ibu jari. Lakukan gerakan secara membulat sebanyak 7 kali sebelum ibu jari di pusingkan kembali.

Urut juga bahagian tapak kaki bayi perlahan-lahan agar badan si kecil tidak di masuki angin. Setelah mengurut lembut kawasan lutut dan betis, beralih ke belakang badan dan urut menggunakan jari dan tapak tangan anda. Sekiranya bayi anda mengalami masaalah senak perut, sebaiknya urut di celah piggul bayi agar dia kembali selasa.

Rawatan Menggunakan Jamu Kaplet Mimilan Mimtuno Dan Ginasih Wash

Untuk anda yang hilang ghairah dalam hubungan suami, eloklah makan Jamu Kaplet Mimilan Mintuno yang di buat dari akar-akar kayu. Akar kayu ini dapat membantu mengembalikan ghairah dan juga mengencangkan otot-otot Vagina dan merawat masaalah keputihan.

Setiap kali mandi, untuk perawatan luaran, bersihkan bahagian sulit dengan Ginasih Pembersih Wanita yang dibuat dari daun sirih yang terbukti mempunyai anti septik untuk membunuh bakteria dan juga membantu merawat keputihan.

Percuma Kain Bengkong (8 meter bernilai RM30.00 )


Jamu Selapan Mustika Ratu mengandungi:~

1. Tapel Raket Mustika Sejati
2. Pulih Balung Sumsum
3. Pilis Wangi
4. Bancar Air Susu
5. Parem Segar Sumyah
6. Jamu Galian Parem Wangi
7. Minyak Telon
8. Minyak Kayu Putih

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...