Tuesday, October 11, 2011

GRAND PHARMA ~ BARAKA HABBATUS SAUDA





BARAKA HABBATUS SAUDA
BEST BUY : RM 10.00 (HARGA PASARAN : RM 12.00 )


Khasiat Habbatus Sauda:-

Ibnu Sina di dalam bukunya Canon of Medicine menyatakan Habbatus Sauda merangsang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan semangat.
Ibnu Qayyim di dalam bukunya Medicine of the Prophet menyatakan Habbatus Sauda berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti batuk, bronchitits, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan masalah haid, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya.

Dr Ahmad Elkadi pula membuat kajian dan mendapati Habbatus Sauda mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system).

Antara bahan-bahan kandungan Habbatus Sauda ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino.
Dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Perubatan Cara Nabi) yang ditulis Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda dikenal juga sebagai Al Habbah Al Barokah. Dalam kitab tersebut disebutkan bahwa Habbatus Sauda’ dapat mengubati 50 macam penyakit tanpa kesan sampingan.

Melalui hasil analisa yang telah dijalankan oleh Dr. Zemmy HM Rai, beliau mendapati bahawa habbatus sawda’ ini mengandungi enzim-enzim penghadaman, fostat, kalsium sulfur, karbohidrat, anti bakteria, anti kanser, hormon-hormon penguat tenaga batin, unsur-unsur peningkatan seksual, melawas air kecil (kencing) dan penyembuh demam kuning. Malah di dalam habbatus sauda’ ini juga terdapat beberapa bahan yang penting iaitu fixed oil (saturated dan unsaturated), minyak-minyak asas (sterol, carvone, thymohydro quinine, limonine, cymene), alkali (alkoloids), saponin dan asid amino.

Pada tahun 1986, Dr. El-Kadi dan Dr. Kandil membuat kajian yang melibatkan dua kumpulan sukarelawan. Bagi kumpulan pertama, setiap individu diberikan kapsul habbatus sauda’ sebanyak satu gram bagi diambil dua kali sehari selama empat minggu dan kumpulan kedua diberikan kapsul kosong atau placebo. Kadar sel-sel putih dalam darah atau complete lymphocyte count dikenal pasti sebelum dan selepas kajian dilakukan. Selepas empat minggu, didapati daya ketahanan sel putih atau helper to suppressor T-cell ratio sukarelawan yang mengambil habbatus sauda’ meningkat sebanyak 72 kumpulan dan sebaliknya bagi kumpulan yang kedua, ia didapati menurun sebanyak 7 peratus. Dalam laporan yang dikemukakan, mereka merumuskan penemuan ini dapat dijadikan batu asas bagi merawat pesakit-pesakit AIDS, barah dan seumpamanya kerana habbatus sauda’ mampu merangsang sistem pertahanan badan atau immune system secara positif. Keputusan kajian ini disahkan oleh kajian lain yang dilakukan oleh doktor Basil Ali dan kumpulannya dari Kolej Perubatan Universiti Raja Faisal. Hasil kajian itu dimuatkan di dalam Saudi Pharmaceutical Journal pada tahun 1993. Dr. Haq dari Pusat Penyelidikan Biologi dan Perubatan di Riyahd, Saudi Arabia juga mengesahkan kebenaran penemuan ini pada tahun 1997.

Dr. Badr-el-din dan Dr. Mahfouz pada tahun 1960 mendapati ianya berfaedah dalam rawatan penyakit asma.

Kajian yang dilakukan di Pusat Penyelidikan Amala di Amala Nagar, Kerala, India pada tahun 1991 mendapati ianya dapat membantu dalam rawatan kanser.

Ahli-ahli sains dari Jabatan Farmasi, Universiti Dhaka Bangladesh melakukan kajian yang membandingkan habbatus sauda dengan lima antibiotik yang terkenal dan mendapati ianya lebih berkesan berbanding kelima-lima antibiotik tersebut.

Penawar influenza A ( H1N1 )

Para pengkaji membuat kesimpulan mengenai 7 ciri utama Habbatus Sawda iaitu:-

1. Nilai pemakanan

Habbatus Sauda kaya dengan:monosaccharide glukosa, xylosa dsb. Polysaccharide fatty acid yang tidak tepu (unsaturated essential fatty acids, EFA). EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan amino acid yang membentuk protein karotene iaitu sumber vitamin A kalsium, zat besi, dsb.

2. Sistem imunisasi

Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus Sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.

3. Anti-histamine

Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus Sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus Sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.

4. Anti-tumor

Kajian in vitro mendapati habbatus Sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.

5. Anti-bakteria

Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus Sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus Sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.

6. Anti-radang (anti-inflammation)

Habbatus Sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).

7. Menggalakkan pengeluaran susu

Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus Sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu

Baraka Habbatus Sauda:-

Baraka Habbatussauda adalah minyak habbatussauda yang dipek dalam kapsul soft gelatin. Produk ini dihasilkan di Iskandariah, Mesir ( Alexandria, Egypt).


Antara kelebihan Baraka Habbatussauda ialah:~

Berisi minyak extrak habbatussauda, 4 kali lebih banyak dari pada kapsul serbuk. Diproses di Mesir, yang merupakan lokasi perkebunan habbatussauda yg subur. Dipek menggunakan soft gelatin kapsul. Dibuat dengan mesin industri farmasi standard. Ringan dan praktikal untuk dibawa ke mana sahaja

Sekotak Baraka Habbatus Sauda mengandungi 24 kapsul. Cara pemakanannya ialah dengan mengambil 2 kapsul sehari, pagi dan petang.

Sesungguhnya banyak manfaat kesihatan atau khasiat yang boleh didapati dari Habbatus Sauda ini sehingga ia diberi gelaran “The Seed of Blessing”/ “Habbatul Barakah” , yang ertinya " Biji-bijian yang mengandungi berkat".

Semoga usaha dan ikhtiar kita demi kesihatan tubuh badan diredhai dan diberkati Allah S.W.T. disamping kita untuk mengikut sunnah pemakanan Rasullullah S.A.W.









Hasil Kajian
Di Amerika, Nigella Sativa yang merupakan nama latin dari minyak jintan hitam, telah mendapat kejayan luar biasa sebagai makanan suplemen. Di Jerman, minyak habbasSauda telah tersedia dalam bentuk kapsul di farmasi.

Analisis ekstrak mengenai minyak dan kesan-kesannya juga telah dilakukan di Amerika dan hasilnya menunjukkan bahwa minyak kuno itu juga mujarab untuk segala macam penyakit. Para saintis Amerika telah merasa yakin bahwa kesan antibakteri dan antimikotis dari minyak habbasSaudayang merupakan obat Asia Timur dan di Asia berlangsung dalam waktu yang lama. Para dokter di Mesir dan Cina menggunakannya untuk obat segala macam radang serta infeksi jamur. Bahkan, para ilmuwan kanker Amerika secara meyakinkan telah membuktikan bahwa minyak habbasSaudamenurunkan kadar gula. Ekstrak Nigella Sativa membantu merangsang tulang sumsum dan sel-sel kekebalan. Demkian tulisan para ilmuwan kanker Immuno-Biology Laboratory dari Carolina Selatan. Selanjutnya, produksi interferon menghasilkan sel-sel normal terhadap kesan-kesan virus sel-sel yang merusak, menghancurkan sel-sel tumor, dan meningkatkan jumlah antibodi yang menghasilkan sel-sel B.

Seluruh fungsi ini menyebabkan minyak habbasSauda sebagai calon (alternatif) yang ideal untuk pencegahan dan pengobatan kanker. Para ilmuwan Amerika telah memplubikasikan bukunya yang pertama mengenai temuan “Study Of Black Cumin Oil On Human”. Para ilmuwan di Jerman kini juga sibuk menemukan kesan-kesan minyak Mesir yang berkaitan dengan tubuh manusia. Dr. Med. Peter Schleicher, ahli immunolog di Munich yang pada 1986 telah dinominasikan sebagai anggota termuda World Academy Scientists, menguji minyak habbasSaudadi lembaganya untuk menemukan terapi baru bagi penyakit kronis dan kesan-kesannya. Temuan-temuannya indentik dengan para koleganya di Amerika.

Schleicher menyatakan bahwa dengan menggunakan minyak habbasSaudayang memiliki asam lemak tak jenuh, misalnya unoleat dan asam gammalinolen masuk ke organisme. Dengan demikian, kemungkinan mencapai sintesa kekebalan yang penting dan mengatur zat-zat yang diambil seperti dari prostaglandin E. Minyak linoleat menstabilkan membran-membran sel dan prostaglandin memiliki kesan mencegah radang. Dengan demikian, reaksi kekebalan berhenti yang menimbulkan penyakit dan bahkan merupakan awal dari penyakit kronis seperti jerawat dan demam hingga kanker.

Di samping fungsi sel yang berlebihan pada orang yang menderita alergi distabilkan, melalui zat minyak habbasSauda antibodi juga ditekan. Sistem kekebalan yang berlebihan pada kajian (ilmuwan) Amerika juga menguji bahwa sistem kekebalan yang salah dapat diatur kembali dengan kesan yang kuat dari minyak ini. Sementara itu, Scheleicher telah menguji kesan minyak ini terhadap 600 pesakit. Sebagai hasilnya, dia meyakinkan pengobatan untuk alergi sekitar 70% dari pesakitnya. Di antara mereka adalah alergi terhadap serbuk dan debu serta jerawat dan penyakit neuro-dermatologis. Pesakit asma dan lainnya pada umumnya memiliki ketahanan yang lemah dan mudah terkena infeksi. Dari alasan itu Dr. Schleicher di Munich akan memasukkan minyak itu ke dalam pengobatan preventifnya terhadap pilek dan influenza.

Di Timur Tengah, minyak ini telah digunakan selama ribuan tahun sebagai obat untuk segala macam penyakit alergi, radang, gangguan menstruasi, tekanan moral, dan depresi, tetapi terutama terhadap bronkhitis, asma, dan neurodermatitis serta pencernaan yang buruk, bahkan impotensi.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...