Sunday, October 16, 2011

HALAGEL ~ EVENING PRIMROSE OIL





HALAGEL ~ EVENING PRIMROSE OIL
BEST BUY : RM 21.50 (HARGA PASARAN : RM 24.00) ~ 60 BIJI
BEST BUY : RM 36.00 (HARGA PASARAN : RM 40.00) ~ 120 BIJI


Evening Primrose Oil (EPO) merupakan punca khasiat yang terkaya (selain dari susu ibu) bagi Asid Gamma Linolenik (GLA/Omega-6),

Precursor kepada prostaglandin yang diperlukan oleh setiap sel dan organ dalam tubuh kita. Prostaglandin adalah bahan seperti hormon yang membantu dalam sistem peredaran darah, kesihatan kulit dan sendi, tahap kolestrol, keradangan/inflamasi dan banyak lagi.

Kandungan:

Setiap Halagel softgel mengandungi 500 mg Evening Primrose oil. Halagel softgel dihasilkan dari Bovine gelatin yang disahkan HALAL oleh JAKIM.

MAKLUMAT TAMBAHAN

Evening Primrose Oil adalah minyak yang diekstrak dari bijian tumbuhan Evening Primrose (Oenothera biennis) yang berasal dari benua Amerika Utara serta tumbuh sekitar eropah dan hemisfera selatan. Bijian dari tumbahan ini kaya dengan asid gamma linolenik (GLA) iaitu sejenis asid lemak perlu (essential fatty acid). GLA diperlukan oleh tubuh kita untuk proses pertumbuhan dan pengembangan dan perlu diperolehi daripada pemakanan seharian.


Gamma-linolenik asid (GLA) adalah sejenis asid lemak Omega-6 yang banyak terdapat di dalam minyak beraskan tumbuhan. Ianya tergolong di dalam asid lepak perlu (essential fatty asid) kerana GLA tidak dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh kita, jadi bekalan GLA perlu diperolehi dari pemakanan seharian kita.


Bersama-sama dengan asid lemak Omega-3, Omega- memainkan peranan penting di dalam fungsi otak serta untuk proses pertumbuhan dan pengembangan tubuh kita. Juga dikenali sebagai polyunsaturated fatty acid (PUFAs), ia membantu meransang pertumbuhan rambut dan kulit yang sihat, megawal metabolisma badan, dan mengekalkan kesihatan sistem peranakan/pembiakan.

Kenapa GLA yang terdapt dalam EPO berbeza dengan Omega-6 yang lain?
Terdapat beyak jenis asid lemak yang tergolong dalam asid lemak Omega -6 seperti linoneik asid (LA) arachidonic asid (AA), gamma-linolenik asid (GLA) dan banyak lagi. GLA berbeza dengan Omega-6 yang lain kerana GLA berperanan mengurangkan kadar keradangan (inflamation) manakala LA dan AA menaikan kadar keradangan.

Apabila anda mengambil makanan tambahan GLA terutama daripada EPO, di dalam tubuh kita, GLA tersebut akan ditukarkan kepada bahan yang dipanggil DGLA yangberfungsi mengurangkan keradangan. Mempunyai cukup nutrient seperti magnesium, zinc, vitamin C, B3 dan B6 dalam tubuh kita membantu pertukaran GLA kepada DGLA.

Kebaikan Dan Khasiat Evening Primrose Oil (EPO)

Kebaikan EPO Terhadap Kesihatan kulit :~

  • Evening primrose oil pada awalnya digunakan secara meluas untuk mengurangkan masalah kulit seperti keradangan, kegatalan, kulit kering dan berkeruping (scaling) serta alahan. Kajian saintifik telah membuktikan Evening Primrose oil (EPO) mampu mengurangkan symptom eczema dan dermatitis iaitu sejenis penyakit kulit. EPO baik diamalkan oleh kanak-kanak dan dewasa yang menghadapi masalah kulit.

Kebaikan EPO Melegakan Symptom Prahaid (Pre Menstrual Syndrom):~

  • Kajian saintifik membuktikan EPO mampu membantu wanita yang mengalami symptom pra-haid (premenstrual syndrom PMS) seperti kemurungan, perubahan mood dan ketidakselesaan payudara .


Diabetic Neuropathy:~

  • Diabetic neuropathy merupakan masalah sistem saraf yang disebabkan oleh penyakit diabetes/ kencing manis. Antara symptom diabetic neuropathy adalah seperti berasa kebas, sakit dan berdenyut serta pengurangan deria rasa terutama pada kaki dan tapak kaki. EPO merangsang peredaran darah pada sistem saraf dan berkemungkinan mampu mengurangkan risiko dan symptom ganguan saraf yang disebabkan oleh penyakit diabetes/kencing manis.

Kesihatan Jantung dan Paras Kolestrol:~

  • Kandungan GLA dalam EPO merupakan sejenis asid lemak dalam kategori Omega-6, kajian mendapati GLA mampu mengurangkan paras kolestrol dalam darah yang menyebabkan penyempitan saluran darah (atherosclerosis). Atherosclerosis adalah penyebab utama serangan jantung (heart attact) dan stoke. Oleh itu pengambilan asid lemak Omega-6 dan Omega-3 yang seimbang dapat mengurangkan risiko serangan jantung.

Osteoporosis:~

  • Kajian mendapati individu yang kekurangan asid lemak perlu (essential fatty acid) terutama GLA dan EPA lebih cenderung mendapat masalah tulang rapuh. Pengambilan makanan tambahan GLA dan EPA (Omega-3) yang seimbang secara berterusan berkemungkinan dapat menguatkan struktur tulang dan seterusnya mengelakkan masalah tulang rapuh terutama bagi wanita berumur 65 tahun keatas.

Khasiat dan kegunaan lain EPO :~

  • Mengurangkan radang dan sakit sendi
  • Melegakan sclerosis
  • Kanser terutama kanser payudara
  • Mengurangkan tekanan darah

**Pengambilan Omega-6 (GLA daripada EPO) dan Omega-3 (daripada fish oil) yang seimbang meningkatkan tahap kesihatan tubuh badan. Oleh itu pengambilan makanan tambahan EPO bersama-sama Fish Oil lebih memberi kebaikan daripada pengambilan EPO sahaja.


Maklumat Pengambilan

Secara umumnya kita perlu memastikan mendapat nutrient yang seimbang antara omega-6 dan omega-3. Ratio/julat yang seimbang antara omega-6 kepada omega-3 adalah 2:1 sehingga 4:1.


Kanak-kanak:~

  • Untuk masalah kulit atau ruam, dos disarankan adalah 2000-4000mg EPO (dalam bentuk kapsul)sehari . Pengambilan EPO tiak digalakkan kepada kanak-kanak berusia 10 tahun dan kebawah. Telah dilaporkan pengambilan maksima EPO tidak boleh melebihi 0.5 gram/kg berat badan sehari. Oleh itu disarankan berbincang dengan pengamal perubatan sebelum memberi makanan tambahan kepada anak anda.

Dewasa:~

  • Ekzema atau atopic dermatitis : Evening primrose (EPO) 4,000 - 8,000 mg sehari.
  • Rheumatoid arthritis: Evening primrose oil (EPO), 3,000 mg sehari.
  • Diabetes: Evening primrose oil (EPO), 5,000 mg sehari.
  • Mastalgia (ketidakselesaan, sensitive dan kesakitan payudara) atau simpton pra haid (PMS): Evening primrose oil (EPO), 3,000 - 4,000 mg sehari.

*dos yang dicadangkan disini adalah untuk individu yang mempunyai masalah tertentu. Bagi anda yang mengambil sebagai makanan tambahan sila rujuk dos yang disyorkan oleh pengeluar seperti yang tertera pada label produk tersebut.

**Perlu dipastikan bahawa pengambilan makanan tambahan berasaskan herba perlu diambil dengan berhati-hati dan dibawah pengawasan dan nasihat doktor. Apabila mendapatkan rawatan, pastikan anda menerangkan pengambilan makanan tambahan yang anda amalkan kerana makanan tambahan berasaskan herba mungkin (jika ada) mempunyai tindakbalas dengan sesetangah ubat-ubatan serta mungkin mempunyai kesan sampingan. Kepada individu yang akan menjalani pembedahan disarankan untuk berhenti mengambil EPO 2 minggu sebelum pembedahan dijalankan.

Kesan Sampingan/kontraindikasi/langkah berjaga-jaga:~

  • Evening Primrose Oil (EPO) secara keseluruhannya adalah selamat untuk diamalkan pada kadar yang disyorkan. Kesan sampingan yang mungkin berlaku apabila diambil dalam kadar berlebihan adalah seperti rasa loya, sakit perut dan sakit kepala.

  • Elakkan mengambil GLA melebihi 3000 mg sehari iaitu bersamaan 30 gram EPO sehari. Paras GLA yang terlalu tinggi akan menigkatkan kadar keradangan/inflammation.

Semasa mengandung/menyusu:~

  • Sehingga kini maklumat perubatan tidak melaporkan sebarang kesan sampingan pengambilan EPO terhadap pembentukan janin dalam kandungan ataupun kepada bayi yang disusukan. Walau bagaimanapun masih kekurangan kajian saintifik terhadap kesan pengambilan EPO semasa mengandung dan menyusu. Oleh itu sila dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil EPO semasa mengandung atau menyusu.

Makanan tambahan Omega-6, termasuk GLA dan EPO tidak digalakkan terhadap individu yang mempunyai penyakit sawan (seizure) atau epilepsi. Telah dilaporkan Omega-6 boleh mencetuskan sawan (seizure) pada individu yang mempunyai penyakit sawan.

EPO tidak digalakkan diambil oleh individu yang mempunyai masalah pembekuan darah.

EPO tidak seharusnya diambil bersama-sama ubat-batan seperti;_

  • warfarin, heparin, dalteparin, tinzaparin, enoxaparin, danaparoid sodium, antithrombin III, lipirudin, argatroban, bivalirudin,aspirin


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

1 comment:

  1. Hi there. I discovered your web site by way of Google whilst looking for a similar matter, your website got here up. It appears to be good. I have bookmarked it in my google bookmarks to come back then.
    24k gold serum rawalpindi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...